-
#CantikUntukNYA bersama Sheila Rusly (Episod 2)
“Jika bertudung itu terbaik untukku, Ya Allah, Kau bukakanlah pintu hatiku, jangan kau tutup pintu rezekiku, bukalah ia seluas-luasnya , "- Sheila Rusly.
Ikuti episode kedua sesi bicara santai ARJANA bersama Ratu Layar Ramadhan kesukaan rakyat Malaysia, Sheila Rusly; berbicara tentang kisah hijrah beliau dan mengenali sisi muslimah seorang Sheila Rusly.
Hidup cuma sekali. Santunkan hati, #CantikUntukNYA
-
#CantikUntukNYA bersama Sheila Rusly (Episod 1)
Persiapan bertemu bulan penuh barakah tahun ini diserikan dengan sebuah rangkaian kolaborasi eksklusif bersama Ratu Layar Ramadhan kesukaan rakyat Malaysia, Sheila Rusly.
#ARJANAsquad berpeluang untuk duduk semeja dan berbicara dari hati ke hati bersama beliau. Ikuti temubual eksklusif kami dalam berbicara secara up-close and personal dengan bintang serba handal ini; mengenal sisi peribadi, perjalanan kerjaya, dan inspirasi dalam karya seni yang dihasilkannya.
Hidup cuma sekali. Santunkan hati, #CantikUntukNYA
-
Spring / Hajj 2019 : LIMA Yang Sempurna
Ciptaan indah menyeri perjalanan ini. Melengkapi 5 rukun utama buat para Mukmin; tanda ketaatan pada Yang Maha Esa. Rukun kelima yang menyempurnakan ketakwaan, bagai jalinan dari garis nawaitu yang menjadi petunjuk dalam perjalanan rohani.
Terinspirasi dari ciptaan mahligai indah Maha Agung yang menjadi persinggahan para Mukmin untuk bersujud dan melafazkan syukur kepadaNya.
LIMA Yang Sempurna, diperindahkan dengan persalinan rapi nan selesa buat yang direzekikan olehNya. Semoga dipermudahkan langkah dan sujudmu dengan sentuhan seni penuh ilham ini. Rukun kelima dilengkapkan, Lebih Sempurna dengan ARJANA.
-
NUR Snap-On Instant Square Tudung Tutorial by Mia Ahmad
Ini antara range favourite dari #NURbyARJANAScarves ; NUR Snap-On Instant Square.
Selain snap-on the attached buttons, anda juga boleh cuba style Mia Ahmad ini. Mudah sangat. Sangat pantas untuk bersiap ke tempat kerja staupun ke mana-mana event.
-
NUR Royalist Instant Square Tudung Tutorial by Anim Ezati Rizki
Cuba tengok Anim Ezati Rizki gayakan NUR Royalist Instant Square. Mudah dan tangkas. Penjenayah mesti tak sempat lari.
-
NUR Aisyah Tudung Tutorial by Ezzah Aziz Fawzy
Ramai yang bertanya tentang Instant Tudung NUR Aisyah yang digayakan oleh Ezzah Aziz Fawzy dalam #NUR2 .
Selain boleh dilepaskan sebegitu sahaja, panel fabrik disebelah kiri boleh dijadikan pelbagai gaya.
Jom tengok tutorial penggayaan Tudung Instant NUR Aisyah. Mudah dan ringkas, kurang dari 5 minit untuk bersiap!
-
NUR Snap-On Instant Square Tudung Tutorial by Hawa Rizwana
3 langkah mudah untuk tampil manis seperti NUR.
Sarung, pin, dan lilit.
Siapa cakap style Bawal tu boring?
Tengoklah cara Hawa Rizwana menggayakan NUR Snap-On Instant Square.
Satu tudung, pelbagai gaya!
-
NUR Demi-Shawl Tudung Tutorial by Sarancak
Tak sangka NUR Demi-Shawl yang digayakan NUR dalam episod tadi boleh transform jadi semi-turban!
Tak percaya? Tengok tutorial dari Sara Zulkifli ni. Lepas tu, swipe next untuk tengok Maroon Demi-Shawl yang digayakan NUR.
Tak rugi beli satu tudung instant, dapat lebih dari 5 gaya. Boleh bersiap cantik, kurang dari 5 minit pulak tu.